1.2 Di mana untuk Mendapatkan Pertolongan
# Halaman Web Rasmi CakePHP
Halaman rasmi CakePHP adalah tempat yang bagus untuk dilawati. Ia mengandungi pautann kepada peralatan pembangunan yang selalu digunakan, tutorial video, peluang menderma dan juga muat turun (CakePHP) .
# Cookbook
Manual ini seharusnya dijadikan sebagai tempat pertama untuk anda mencari jawapan. Seperti mana projek sumber terbuka yang lain , kami sentiasa mendapat orang baru. Sila cuba dengan bersungguh - sungguh untuk menjawab soalan dengan usaha sendiri. Jawapan mungkin datang dengan perlahan , tetapi akan kekal selama-lamanya, dan anda juga akan meringankan beban sokongan kami. Kedua-dua manual dan API mempunyai komponen atas talian .
# The Bakery
Bakery Cakephp adalah apa-apa berkaitan dengan CakePHP. Anda boleh lihat tutorial, kajian kes dan juga contoh kod. Setelah anda mahir dalam CakePHP, masuk dan kongsi ilmu anda dengan komuniti sambil mendapat kekayaan dan kemasyhuran.
# API
The original text for this section has changed since it was translated. Please help resolve this difference. You can:
Terus dan tepat daripada pembangun teras, API (Application Programming Interface) CakePHP adalah dokumentasi yang paling komprehensif untuk semua butir-butir dalaman bagaimana kerangka kerja ini berfungsi. Ia satu kod rujukan yang jelas, oleh itu bawa topi untuk perlindungan :D.
# CakeForge
The original text for this section has changed since it was translated. Please help resolve this difference. You can:
CakeForge adalah satu lagi tempat bagi pengaturcara gunakan untuk berkongsi projek dengan orang lain. Jika anda sedang mencari (atau mahu berkongsi) component terhebat atau plugin yang dikagumi, sila lihat di CakeForge.
# Kes Ujian (Test Cases)
The original text for this section has changed since it was translated. Please help resolve this difference. You can:
Jika anda merasakan maklumat di API tidak mencukupi, lihat kod pada kes ujian yang disediakan oleh CakePHP 1.2. Ia boleh memberikan contoh praktikal penggunaan fungsi dan data anggota (member data) bagi kelas . Di dalam pakej CakePHP kes ujian terletak dibawah
cake/tests/cases
cake/tests/cases
# Saluran IRC
- #cakephp -- Diskusi Umum
- #cakephp-docs -- Dokumentasi
- #cakephp-bakery -- Bakery
Jika anda buntu, tanyakan kami di saluran IRC CakePHP. Seseorang dari kumpulan pembangun biasanya berada di sana, terutama pada waktu siang hari bagi pengguna Amerika Selatan dan Utara. Kami suka mendengar dari anda, sama ada memerlukan pertolongan, mahu mencari pengguna di kawasan anda atau mahu menderma kereta sport baru.
# Google Group
http://groups.google.com/group/cake-php
CakePHP juga mempunyai Google Group yang aktif. Ia boleh menjadi sumber mencari arkib jawapan , senarai pertanyaan dan mendapatkan jawapan lebih pantas bagi masalah anda.


























